Wednesday, 20 March 2013

nizam hukm

bismillahirahmanirahim

ar ni blaja konsep daulah kat kelas nizam hukum
sekadar note yang saya fham dari ustaz ..

daulah bukan berasal dari ISLAM tetapi dari perkara2 yang baru dicipta setelah zaman englignment barat

islam dahulu  sebenarnya tidak mengamalkan konsep daulah tetapi hanya mengamalkan sistem pemerintahan yang tersusun seperti melantik ketua, mengadakan mahkamah2, jabatan2 untuk menjadikan kehidupan lebih tersusun dan teratur.

ahli ulama' sekarang mengetengahkan konsep daulah islamiah yang sebenarnya tidak menunjukan negara islam. contohnya, di negara yang menjalankan hukum islam mengasingkan orang islam yang berasal dari negara luar, dan jika orng islam dari negara laen datang di anggap ajnabi.. apakah ini negara islam.  negara Islam adalah satu dan tidak patut menghasilkan daulah yang laen bagi mengasingkan orang islam.

sepertimana kita lihat, bahrain dan qatar merupakan ngara yang kecil tetapi mempunyai daulah berasingan. in membuktikan negara islam tidak bersatu dan di asingkan mengikut daulah yang direka oleh barat.

ada dikalangan ulama' yang berstuju konsep daulah kerana jika semua nergara islam bergabung menjadi stu daulah akan timbullah  perkelahian utk menjadi imam @ khalifah.
mslah daulah adalah msalah zanni yng membawa kepada pebezaan antara ulama' islam

daulah bukan part of Islam but siasah adalah part of Islam tetapi tidak dianggap pekara yang tetap atau sabit atau berkaitan dgn aqidah seperti mana yang dipegang oleh syiah yang mengatakan imamiah adalah wajib yang sabit atau tetap.
mengikut ahli snnah waljammah politik adalah masalah furuq iaitu msalah ynag tiada nas pada hukumnya dan harus ulama'2 beselisih pendapat.

ciri2 negara islam iaitu mestilah mempunyai  imam atau khalifah dan bukan imam mengikut fahaman syiah( dlam syiah, mereka mempercayai bhwa ada 12 imam yang qaib yang akan muncul pda akhir zaman) .
ada ulama mengatakan hukum imam ataupun khalifah disyariatkan. ada pula yang mengatakan dari ijtihad dan khibrah dari zaman khilafah dan ada juga mengatakn hukum imam@ khalifah disyariatkan dan melalui ijtihad.

daulah islamiah ada 2 unsur iaitu: 1) aqidah islam dan 2) sistem kehakiman dan
pemerintahan yang tidak melanggar syariah

dalil wehdatul daulah islamiah

Allah berfirman dalam surah al-anfal: 46 yang bermaksud


Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

dan dlam surah ali-imran: 103 yang bermksud,

103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


waallahua'lam

No comments:

Post a Comment